Puan Norliza Samingon adalah seorang Jurutera
Komputer di salah sebuah syarikat IT terbesar di Cyberjaya. Beliau mula
menjinak-jinakkan diri dalam bidang kraftangan berasaskan Felt pada awal tahun
2009 sewaktu beliau mengandungkan putera keduanya. Idea mula datang semasa beliau
mencari-cari buku-buku bayi yang berasakan fabrik. Dari kedai ke kedai beliau
mencari buku yang sesuai, tetapi buku bayi yang berasaskan fabrik cukup mahal
di pasaran. Anak jati sekincan ini mahukan sesuatu yang peribadi untuk
puteranya, jadi beliau telah melayari internet untuk mencari barang yang ada di
pasaran setiap hari. Kesungguhan yang ada pada beliau menemukan beliau dengan
sebuah toturial online yang mengajar cara-cara menjahit buku bayi anda sendiri
dan terus beliau mencari idea untuk menghasilkan buku untuk puteranya.
Minat yang dijadikan hobi ini bertukar sebagai kerjaya
sampingan apabila beliau disapa oleh beberapa kaum ibu sewaktu beliau sedang
menjahit beberapa helaian gambar semasa menunggu giliran untuk pemeriksaan
bulanan. Mereka berminat dengan hasilnya dan terus membuat tempahan kepadanya
dan tempahan tidak habis di situ sahaja, tempahan semakin meluas ke rakan-rakan
sepejabat dan akhirnya secara online.
Walaupun ibu
kepada dua orang putera ini mempunyai pekerjaan tetap, atas dasar minat dan
hobi beliau tetap aktif dalam menghasilkan kraftangan Felt dengan jayanya.
Buktinya hasil kraftangan Felt beliau mendapat liputan media yang meluas
antaranya di dalam majalah Pa&Ma, Nur, The Star news Paper, Berita Minggu, Dara.Com, By U, Pesona
Pengantin. Selain itu, beliau juga pernah dijemput untuk bersiaran di TV3 Kids
News, WHI - Tv3, Nasi Lemak Kopi O - Tv9 dan RTM
- Apa Kata Wanita. Ahli komuniti Persatuan Seni & Kraf ini juga selalu
dijemput sebagai tenaga pengajar untuk Kraftangan Felt antaranya Femme
City - KLCC kerjasama dengan The Star, Kids Carnival - KLCC kerjasama
dengan The Star dan ParentThots, Craft Party - Tropicana Shopping
Center kerjasama dengan The Star
dan ParentThots, Art Clas di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3 and Seksyen 20
Shah Alam Bengkel Felt Craft di Kolej Komuniti
Shah Alam, Craft Party - Tropicana Shopping Center kerjasama dengan
The Star dan ParentThots dan
Kelas-kelas lain jika ada permintaan.