Tuesday 19 June 2012

Bengkel Kraftangan 'Felt"

                                                           
Program Expert Workshop iaitu“Bengkel Kraftangan 'Felt” telah diadakan pada 13 Jun 2012 yang lalu. Bengkel ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan terutama golongan GPW dan beliawanis.

Seorang pakar telah dijemput khas bagi membimbing para peserta sepanjang bengkel Kraftangan Felt ini diajalankan. Beliau adalah Puan Norliza bt Samingon. 




Sepanjang bengkel berlangsung,Puan Norliza tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimiliknya. Pelbagai tip-tip yang menarik dan berguna dikongsi bersama peserta pada hari tersebut. 




Sebelum bengkel berakhir, Puan Norliza telah mengadakan kuiz kepada semua peserta. Kepada yang dapat menjawab soalan dengan tepat.. TAHNIAH diucapkan.

Inilah antara hasil kerja peserta bengkel 




Bagi pihak penganjur, mereka sangat berpuas hati kerana program telah mencapai matlamatnya iaitu untuk menggalakkan penggunaan ICT secara efektif dan pada masa yang sama untuk  merapatkan dan mengekalkan hubungan dengan masyarakat setempat. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. 


No comments:

Post a Comment