Wednesday 20 June 2012

Kenali Expert


Puan Norliza Samingon adalah seorang Jurutera Komputer di salah sebuah syarikat IT terbesar di Cyberjaya. Beliau mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang kraftangan berasaskan Felt pada awal tahun 2009 sewaktu beliau mengandungkan putera keduanya. Idea mula datang semasa beliau mencari-cari buku-buku bayi yang berasakan fabrik. Dari kedai ke kedai beliau mencari buku yang sesuai, tetapi buku bayi yang berasaskan fabrik cukup mahal di pasaran. Anak jati sekincan ini mahukan sesuatu yang peribadi untuk puteranya, jadi beliau telah melayari internet untuk mencari barang yang ada di pasaran setiap hari. Kesungguhan yang ada pada beliau menemukan beliau dengan sebuah toturial online yang mengajar cara-cara menjahit buku bayi anda sendiri dan terus beliau mencari idea untuk menghasilkan buku untuk puteranya.

Minat yang dijadikan hobi ini bertukar sebagai kerjaya sampingan apabila beliau disapa oleh beberapa kaum ibu sewaktu beliau sedang menjahit beberapa helaian gambar semasa menunggu giliran untuk pemeriksaan bulanan. Mereka berminat dengan hasilnya dan terus membuat tempahan kepadanya dan tempahan tidak habis di situ sahaja, tempahan semakin meluas ke rakan-rakan sepejabat dan akhirnya secara online.

Walaupun ibu kepada dua orang putera ini mempunyai pekerjaan tetap, atas dasar minat dan hobi beliau tetap aktif dalam menghasilkan kraftangan Felt dengan jayanya. Buktinya hasil kraftangan Felt beliau mendapat liputan media yang meluas antaranya di dalam majalah Pa&Ma, Nur, The Star news Paper, Berita Minggu, Dara.Com, By U, Pesona Pengantin. Selain itu, beliau juga pernah dijemput untuk bersiaran di TV3 Kids News, WHI - Tv3, Nasi Lemak Kopi O - Tv9 dan RTM - Apa Kata Wanita. Ahli komuniti Persatuan Seni & Kraf ini juga selalu dijemput sebagai tenaga pengajar untuk Kraftangan Felt antaranya Femme City - KLCC kerjasama dengan The Star, Kids Carnival - KLCC kerjasama dengan The Star dan ParentThots, Craft Party - Tropicana Shopping Center kerjasama dengan  The Star dan ParentThots, Art Clas di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3 and Seksyen 20 Shah Alam Bengkel Felt Craft di Kolej Komuniti Shah Alam, Craft Party - Tropicana Shopping Center kerjasama dengan The Star dan ParentThots dan Kelas-kelas lain jika ada permintaan.

No comments:

Post a Comment